Monday, 18 March 2013

BERITA-PESTA BUKU UTARA 2013

Assalamualaikum....this is my first news for this sem...harap2 menjadi lah...lama xtulis berita ni..ayat pun dh tunggang langgang.....we'll c here..!!

PESTA BUKU UTARA 2013
OLEH : musdiana musa
Universiti Utara Malaysia,Sintok: Satu majlis perasmian telah dirasmikan dengan jayanya oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Mac baru-baru ini yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) UUM. Majlis tersebut telah merasmikan dua majlis sekaligus iaitu “Pesta Buku Utara” dan “Pelancaran Program Jelajah Pesta Buku Ilmiah Malaysia” bagi tahun 2013.
          Pesta yang bertemakan “Cintai Buku Cintai Ilmu” itu merupakan tahun ketiga diadakan oleh pihak UUM anjuran UUM PRESS dengan kerjasama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). 
          Majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Kassim Thukiman (Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran MAPIM), Zulhakim sanip (wakil Persatuan Penerbit Buku Malaysia), Ahli-ahli Jawatankuasa pengurusan Universiti, Profesor, pensyarah dan juga pelajar UUM sendiri telah menghangat dan memeriahkan lagi majlis pelancaran pesta Buku yang telah berlangsung lebih kurang 7 hari itu.
          Pesta Buku Utara yang bermula dari 10 hingga 16 Mac itu turut melibatkan lebih kurang 38 gerai pempamer untuk memenuhi dan memeriahkan lagi pesta buku tersebut. Antara pempamer yang terlibat ialah Galeri Ilmu Sdn Bhd; Art Square Creation Sdn Bhd; Kumpulan Media Karangkraf; Fajar Ulung sdn Bhd; MOY Publication sdn Bhd dan banyak lagi. Naib canselor turut melancarkan 22 buah buku terbaru terbitan UUM Press pada hari perasmian tersebut dimana kesemua jumlah buku tersebut ditulis oleh pensyarah-pensyarah UUM sendiri.
          Selain daripada pameran dan pelancaran buku, pesta buku kali ini turut mempunyai beberapa kelainan dan pengisian tentatif program yang pelbagai bagi memeriahkan lagi pesta tersebut. Contohnya, Klinik Perundingan Bersama pengarang; Library Info hunt; Kuiz Online; Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak; Hari bertemu Pelanggan Perpustakaan Sultanah Bahiyah; Puppet  show; Senamrobik; Pertandingan bercerita; dan Coral Speaking. Kepelbagaian program yang telah diadakan mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada semua pihak terutama daripada pelajar UUM sendiri.

No comments:

Post a Comment