Friday, 10 May 2013

Tips Membina Keyakinan Diri..!!


Tips Untuk Membina Keyakinan Diri
oleh : musdiana musa

1)      Gambarkan Impian @ Cita-cita
Ø  Banyak kes dimana seseorang individu memperoleh kejayaan hasil daripada sekian lama telah menanam dan menetapkan minat, impian dan visual yang jelas mengenai keinginan dan tujuan hidup.

2)      Memperluaskan Wawasan
Ø  Tampilkan keberanian dan jangan sesekali bersikap malu untuk mempelajari  sesuatu perkara baru. Kekalkan semangat tersebut sehingga berjaya dan jangan pula hangat-hangat tahi ayam.

3)      Lakukan Tindakan Nyata yang Mendekatkan Diri Kepada Impian
Ø  Cuba lakukan setiap kehendak dengan sepenuh hati dan daya kita, jangan ambil mudah tentang perkara-perkara kecil kerana sedikit kesilapan boleh membawa kita kepada asal.

4)      Kembangkan Fikiran Positif dalam Diri Secara Berterusan
Ø  Terus berfikiran positif dan tidak lupa diri walaupun sudah berada di tahap yang agak memuaskan. Ucapkan kata-kata yang memberangsangkan setiap hari sebelum tidur dan bangun tidur.

5)      Bayangkan Perkara yang Dilakukan Apabila Berjaya
Ø  Teknik bayangkan ini agak penting juga kerana akan meningkatkan lagi tahap kepercayaan diri kita sebelum bertindak. Cuba bayangkan dengan keberanian menerusi percakapan, catatan, imaginasi atau lakaran untuk merealisasikan impian kita.

6)      Bertemankan Rakan Positif
Ø  Bak kata pepatah, jika ingin berhasil maka belajarlah dengan yang sudah berhasil. Oleh itu, kita kena meningkatkan potensi diri kita untuk berteman dengan individu yang mempunyai impian , cita-cita dan akhirnya mampu merealisasikannya.

7)      Teruslah Bangkit Ketika Mengalami Kegagalan @ Rintangan
Ø  Kita sebagai manusia memang tidak lepas daripada jatuh dan gagal dalam hidup ini, kita boleh teratuh dan gagal tetapi pastikan kita terus bangun sejurus selepas itu. Jangan terus jadikan sekali kegagalan sebagai penghalang. Justeru, kegagalan itulah yang mampu membuat kita belajar mengenai perkara yang membuatkan kita lebih ke hadapan. Beranilah untuk keluar daripada kegagalan masa lalu dan menghadapi hari esok yang lebih cerah. Jangan biarkan masa lalu terus menghantui kita.

8)      Lakukan Sesuatu dengan Ikhlas dan Berdedikasi
Ø  Ingat..!! hakikat keberkesanan sesuatu perkara adalah untuk meraih kebahagiaan dan menggembirakan insan terdekat. Jadi, hadapilah semua hakikat, cabaran dan rintangan dengan ketenangan serta ketepikan semua keluh kesah sehingga mendatangkan satu perasaan ikhlas dan puas hati. Nikmatilah semuanya dengan sepenuhnya.

EksPlOiTasI PoTeNsi DirI


EKSPLOITASI POTENSI DIRI
OLEH : musdiana musa

Semua wanita berpotensi dan mampu menjadi individu yang hebat dan cemerlang dalam bidang tertentu mengikut kecenderungan serta kemahiran masing-masing. Walaubagaimanapun, masih ramai wanita di luar sana yang masih tidak yakin dengan diri sendiri meskipun mereka memiliki segala-galanya seperti berpendidikan, berbakat, bijak, malah yang tidak berpendidikan tinggi juga mampu mencapai kejayaan mereka jika tahu mengeksploitasi potensi diri.
Nescaya ramai segelintir wanita masih ragu tentang kebolehan diri mereka untuk menguruskan kehidupan, kerjaya dan keluarga. Perasaan ragu-ragu dan kurang berkeyakinan inilah yang sering menjadi punca rasa rendah diri kaum wanita. Kekurangan keyakinan diri ini turut menjadikan seseorang individu berasa rendah diri dan tidak berguna berbanding insan lain. Adakalanya, cabaran atau penyisihan yang dihadapi telah membuatkan para wanita hilang arah dan secara tidak langsung menerima kekalahan sebagai ketentuan.
Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan tersendiri , sama ada dicungkil atau memaksa diri untuk menjadi insan yang terbaik. Berfikiran positif dan semangat adalah resepi penting untuk membuahkan sesuatu kejayaan. Wanita ibarat permata, keindahan, ketulenan dan kekuatannya tidak mampu dicabar apatah lagi dicalar malahan nilai dirinya tiada tandingan.
Demikianlah para wanita di luar sana perlu mengenali diri, menyayangi dan menghormati setiap inci nilai yang dimiliki. Wanita perlu meneliti di mana punca kelemahan sebelum mampu bergerak mencipta kehebatan dalam kehidupan.

Imej yang positif mampu membawa kepada kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan seseorang wanita. Jika anda sebagai wanita ingin serlahkan potensi kepimpinan maka anda perlu bijak menangani dan mengawal masalah. Setiap penderitaan, keperitan dan kecelaruan emosi yang dilalui perlu diambil iktibar dan menjadikan ‘luka’ dan keperitan tersebut sebagai panduan, dan semangat untuk terus memajukan diri dan juga keluarga.
Wanita tidak kira dalam apa jua bidang wajar bangun dan melawan cabaran dunia yang semakin kompetitif dan kompleks pada hari ini. Setiap wanita perlu percaya bahawa setiap insan dilahirkan dengan keistimewaannya yang tersendiri. Mungkin kelebihan seperti pandai menjahit, memasak, melukis atau menyanyi. Siapa akan tahu jika bukan kita sendiri yang berusaha mencungkil bakat-bakat dan keistimewaan ini.

Oleh itu, keyakinan diri amat penting untuk membina keperibadian wanita pada hari ini. Wanita seharusnya mengorak langkah keluar daripada kepompong kehidupan mereka untuk melalui fasa kehidupan baru, bertenaga, maju dan mengikut arus pemodenan.

 

Thursday, 9 May 2013

OOppss...OH MY ENGLISHHH....

Haa sape pernah tgk drama ke, citer ke, ape ke enth...saya pn xtau..alaa yg slalu ada kt astro ceria tu..Oh My Englishhh....yg ada pelakon terkenal izara aishah,aaron aziz, dan zain saidin tu...citerr tu lh....
Ni nk gtau u oll sume, sy ni bleh jgk lh tergolong sbg org yg minat citer tu...ari2 tgk kot...alangkah bestt nye lau kampus uum ni cmtu kann??? tp hbs lh sume student pokai lau dh slalu je slh sebut...so, bile dh terkena penangan OME ni kann...anak kelantan(CAKNA) terus je buat program ni kt pusat islam...Program ni secara bersiri tauu....6 kali kelas...lecturer yg mengajar pulak..alahaaiii hensemm gilerr (klh aaron aziz),sempoii pulak tu...asal pulak kelantan...so, apalagi kelantan jumpa kelantan memang gamat lh..(asal cm lari tajuk je nihh)..hahaha
Oh My English ni satu program dimana ianya bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan diri kita speaking (cakap omputih) dpn org ramai. Confident ni penting sangat2 tauu...tambah2 lag bile kita nk interview kerja...adoyaiii yg dpt first class, band 5 pn bleh jgk gagap lau xde confident....That is why this program held..(ceewah ckp omputih naa)...
Kt kelas ni, kami bukan diajar sepertimana ECOM yg mengajar tentang grammar, writing tetapi lebih kepada sebutan dan bunyi yang betul (trase cam budak tadika pn ada). Kami diajar untuk 'elaborate' satu perkataan tu, sebut 'words' dgn betul....haaa tau tak kami kena sebut cmne..."she sells the seashells by the sea shore"..."Peter piper pick the pack of pickled peppers"....cerr korang try cebut nk tgk cmne lidah korang tergeliat sikit...hahaha..
Lecturer hensemm kami kata belajar english ni tak susah kalau kena caranya...First skali, listening,then speaking n follow by reading,lastly,writing. Itu cara yg betul...masa kita kecik2 dlu pn cm2 jgk..dengar,lps 2 try cakap, pandai baca dan akhir sekali baru tulis....
Speaking ni xperlu nak study grammar byk2 mcm nk  writing....janji org faham apa yg kita nk sampaikan dh cukup..guna vocab yg simple n mudah nk faham...plg penting,confident kena ada...ok!!
Kalau nk cite memg xkn hbs lh tp kita sbg generasi penting utk masa depan kena belajar english, bukan untuk org lain tp utk diri sendiri..cuba tengok sejauh mana diri kita dengan org lain dalam aspek ni...apepun lect mmg trbaek.trbestt,trsempooii..plg pntg,hensemmm adaaa...hahaha

Saturday, 23 March 2013

"Script Drama Radio"

salam semua....tau x hari ni kami belajar "skrip drama radio"...bunyi cam best kan..?? memang bestt pun...masa first2 dengar je puan cakap nak ajar pasal skrip radio ni terus je diri ini bersemangat..hilang terus mengantuk..al-maklum lah..ari ni puasa..hehe
Kami kena create apa2 cerita asalkan ada unsur2 nasihat...cuba teka apa yang group kami buat???jeng..jeng..jeng...
Kami buat tema "Lebih baik hujan batu di negeri sendiri"..!! dan yang paling best sekali..kami kena berlakon and then insyaallah kami akan buat betul2 kat konti..percaya tak???
Nak tengok group kami punya skrip tak???taraaa.....

TEMA : LEBIH BAIK HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI
 
LATAR :Pasar (bunyi bising orang berniaga di pasar)
JENAB : Weii Minah..!! dengar kata Kiah nak pergi melancong luar Negara, betul ke?
MINAH : Entah lah, mana kau dengar berita ni?
JENAB : aku terjumpa Timah semalam. Dia yang beritahu aku.
MINAH : kalau macam tu, jom kita pergi rumah Kiah. Kita Tanya dia.
JENAB : sekarang ke?
MINAH : Petang nanti lah. Aku pergi ambil kau kat rumah.
JENAB : ok!

LATAR : Rumah Kiah (Kiah tengah bersembang dengan Timah)

TIMAH : ehh Kiah, untung lah kau dapat jejak kaki kat luar Negara tu. Paris pulak tu. Aku yang dah berangan bertahun-tahun pun tak sampai lagi.
KIAH :Tengok orang lah. Sia –sia aku jadi anak penghulu kalau Paris pun tak boleh pergi.
TIMAH : kau tak apa orang senang. Bendang pun banyak. Aku ni tak ada apa pun.

Bunyi Motor di Halaman Rumah Kiah (Minah dan jenab sampai)

KIAH : Ehh siapa pulak yang datang rumah aku ni. Timah kau tolong tengok kejap.
JENAB : Assalamualaikum…!!
TIMAH : Waalaikumussalam. Laa Minah dengan Jenab rupanya..!!
MINAH : Kau pun ada kat sini jugak Timah..?
KIAH : Ehh kau berdua rupanya. Mari lah masuk.
JENAB : Kiah, betul ke kau nak pergi luar Negara? Kat mana?
KIAH : Ha’a. Aku nak pergi Paris. Jangan jealous you all..
JENAB : Eeeeeiii seronoknya..!!
TIMAH : Kiah, kau jangan lupa beli ole-ole nanti tau.
KIAH : Iya lah.
MINAH : Berapa lama kau pergi sana? Dekat Malaysia ni dah habis ke kau pusing sampai luar Negara yang kau pilih?
KIAH : Apa class melancong kat Malaysia ni. Tak ada ape pun.
TIMAH : betul tu Kiah. Malaysia apa yang ada?
MINAH : Berlambak tempat menarik, bersejarah dan best- best kat Malaysia ni Kiah. Kau je yang tak nak ambil tahu. Ape lah yang menarik sangat kat Negara orang putih tu??
JENAB : Betul juga cakap si Minah ni.
KIAH : Kau orang tahu tak Paris tu tempat yang romantic, siap ada Eifel Tower lagi.
TIMAH : Ha’a, nanti kau jangan lupa ambil gambar banyak-banyak kat sana tau. Aku nak tengok.
MINAH : Ehh kat Malaysia pun ada juga tempat romantic. Nak tengok pemandangan pun boleh juga kat KL Tower tu.
JENAB : Betul tu. Ehh Kiah kalau kau dah kemaruk sangat nak naik menara tinggi lah kan, menara Bunga Raya pun ada. Lagi dekat dengan kampung kita. Murah pulak tu. Tak ada lah duit kau habis.
TIMAH : Ehh Jenab, kau ni sokong belah mana?kejap Kiah kejap Minah.
JENAB : Aku tak sokong mana-mana. Kiah nak pergi Paris pun pergi je lah. Tapia pa yang Minah cakap tu pun ada juga betulnya. Buat apa nak habiskan duit pergi jauh-jauh sedangkan kat tempat kita sendiri pun banyak lagi tempat yang menarik.
KIAH : Betul lah apa yang kau orang cakap tu. Memang banyak lagi tempat manarik yang aku tak pergi lagi. Nasib baik aku tak beli tiket lagi. Boleh aku pergi melancong dalam Negara je. Apa kata kita semua pergi sekali nak?
TIMAH : Alaa ruginya tak dapat ole-ole dari Paris tapi best juga kalau kita semua pergi melancong sekali.
JENAB : Aku pun setuju juga. Apa kata kita pergi Pulau Tioman?
MINAH : Bagus juga idea tu. Bile nak pergi?
KIAH : Nanti aku uruskan semua dulu. Lepas tu aku confirmkan balik dengan kau orang.
TIMAH,JENAB dan MINAH : Set..!!

 

Monday, 18 March 2013

BERITA-PESTA BUKU UTARA 2013

Assalamualaikum....this is my first news for this sem...harap2 menjadi lah...lama xtulis berita ni..ayat pun dh tunggang langgang.....we'll c here..!!

PESTA BUKU UTARA 2013
OLEH : musdiana musa
Universiti Utara Malaysia,Sintok: Satu majlis perasmian telah dirasmikan dengan jayanya oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Mac baru-baru ini yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) UUM. Majlis tersebut telah merasmikan dua majlis sekaligus iaitu “Pesta Buku Utara” dan “Pelancaran Program Jelajah Pesta Buku Ilmiah Malaysia” bagi tahun 2013.
          Pesta yang bertemakan “Cintai Buku Cintai Ilmu” itu merupakan tahun ketiga diadakan oleh pihak UUM anjuran UUM PRESS dengan kerjasama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). 
          Majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Kassim Thukiman (Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran MAPIM), Zulhakim sanip (wakil Persatuan Penerbit Buku Malaysia), Ahli-ahli Jawatankuasa pengurusan Universiti, Profesor, pensyarah dan juga pelajar UUM sendiri telah menghangat dan memeriahkan lagi majlis pelancaran pesta Buku yang telah berlangsung lebih kurang 7 hari itu.
          Pesta Buku Utara yang bermula dari 10 hingga 16 Mac itu turut melibatkan lebih kurang 38 gerai pempamer untuk memenuhi dan memeriahkan lagi pesta buku tersebut. Antara pempamer yang terlibat ialah Galeri Ilmu Sdn Bhd; Art Square Creation Sdn Bhd; Kumpulan Media Karangkraf; Fajar Ulung sdn Bhd; MOY Publication sdn Bhd dan banyak lagi. Naib canselor turut melancarkan 22 buah buku terbaru terbitan UUM Press pada hari perasmian tersebut dimana kesemua jumlah buku tersebut ditulis oleh pensyarah-pensyarah UUM sendiri.
          Selain daripada pameran dan pelancaran buku, pesta buku kali ini turut mempunyai beberapa kelainan dan pengisian tentatif program yang pelbagai bagi memeriahkan lagi pesta tersebut. Contohnya, Klinik Perundingan Bersama pengarang; Library Info hunt; Kuiz Online; Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak; Hari bertemu Pelanggan Perpustakaan Sultanah Bahiyah; Puppet  show; Senamrobik; Pertandingan bercerita; dan Coral Speaking. Kepelbagaian program yang telah diadakan mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada semua pihak terutama daripada pelajar UUM sendiri.

Thursday, 14 March 2013

HocKey TeaM

salam....ari ni aku ada game hockey lwn bank rakyat...p kami punya turn second game....Sooooo....apa lagi kami bleh bt melainkan POSE....hehehe

hahaha..kelakar x...penat training je pose..mmg xde keje kan...!!

dgn team2 YAB HOCKEY CLUB......
 

 kwn dtg padang ngn bskl..apalagi...SERANGGGG lh....hahaha
 

 

myfriend...Adawiyahhh....kami berdua mmg sempoi ckt lam team pompuan ni...xhirau kt org..maen ska ati ja..apa pn kami enjoy it...!!

At least,ada jgk lh sweet moment aku spnjng aku kt UUM ni.....team hockey pompuan YAB mmg sempoi lh.....