Friday, 10 May 2013

Tips Membina Keyakinan Diri..!!


Tips Untuk Membina Keyakinan Diri
oleh : musdiana musa

1)      Gambarkan Impian @ Cita-cita
Ø  Banyak kes dimana seseorang individu memperoleh kejayaan hasil daripada sekian lama telah menanam dan menetapkan minat, impian dan visual yang jelas mengenai keinginan dan tujuan hidup.

2)      Memperluaskan Wawasan
Ø  Tampilkan keberanian dan jangan sesekali bersikap malu untuk mempelajari  sesuatu perkara baru. Kekalkan semangat tersebut sehingga berjaya dan jangan pula hangat-hangat tahi ayam.

3)      Lakukan Tindakan Nyata yang Mendekatkan Diri Kepada Impian
Ø  Cuba lakukan setiap kehendak dengan sepenuh hati dan daya kita, jangan ambil mudah tentang perkara-perkara kecil kerana sedikit kesilapan boleh membawa kita kepada asal.

4)      Kembangkan Fikiran Positif dalam Diri Secara Berterusan
Ø  Terus berfikiran positif dan tidak lupa diri walaupun sudah berada di tahap yang agak memuaskan. Ucapkan kata-kata yang memberangsangkan setiap hari sebelum tidur dan bangun tidur.

5)      Bayangkan Perkara yang Dilakukan Apabila Berjaya
Ø  Teknik bayangkan ini agak penting juga kerana akan meningkatkan lagi tahap kepercayaan diri kita sebelum bertindak. Cuba bayangkan dengan keberanian menerusi percakapan, catatan, imaginasi atau lakaran untuk merealisasikan impian kita.

6)      Bertemankan Rakan Positif
Ø  Bak kata pepatah, jika ingin berhasil maka belajarlah dengan yang sudah berhasil. Oleh itu, kita kena meningkatkan potensi diri kita untuk berteman dengan individu yang mempunyai impian , cita-cita dan akhirnya mampu merealisasikannya.

7)      Teruslah Bangkit Ketika Mengalami Kegagalan @ Rintangan
Ø  Kita sebagai manusia memang tidak lepas daripada jatuh dan gagal dalam hidup ini, kita boleh teratuh dan gagal tetapi pastikan kita terus bangun sejurus selepas itu. Jangan terus jadikan sekali kegagalan sebagai penghalang. Justeru, kegagalan itulah yang mampu membuat kita belajar mengenai perkara yang membuatkan kita lebih ke hadapan. Beranilah untuk keluar daripada kegagalan masa lalu dan menghadapi hari esok yang lebih cerah. Jangan biarkan masa lalu terus menghantui kita.

8)      Lakukan Sesuatu dengan Ikhlas dan Berdedikasi
Ø  Ingat..!! hakikat keberkesanan sesuatu perkara adalah untuk meraih kebahagiaan dan menggembirakan insan terdekat. Jadi, hadapilah semua hakikat, cabaran dan rintangan dengan ketenangan serta ketepikan semua keluh kesah sehingga mendatangkan satu perasaan ikhlas dan puas hati. Nikmatilah semuanya dengan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment